Maklumat ini baru jer aku perolehi dari senior kita Otai Najib..mungkin aku jer yang belum tahu sebelum ni...ape pun untuk entry kali ini, aku nak kongsikan bersama maklumat rakan-rakan kita yang telah meninggal dunia...Sesamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita...SEMOGA ROH MEREKA DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN dan DICUCURI RAHMAT ALLAH DISISINYA....
Arwah Suhaimi :
Dari gambar diatas, arwah Suhaimi berdiri no 2 dari kiri di barisan tengah. Tepi Khairizal. Seingat aku, arwah meninggal dalam kemalangan jalanraya pada tahun 1997, sebelum tarikh SPM keluar. Maaf kalau maklumat ini salah..
Arwah Mazlan Md Zain:
Dari gambar diatas, arwah berdiri kanan sekali dibarisan paling belakang. Boleh dikatakan belakang Suhairi..
Tepat sebulan sebelum arwah dikhabarkan meninggal akibat kemalangan jalanraya, arwah beriya benar berpesan dengan aku ..jangan buat kenduri kawin sama tarikh dengan dia..dan bila aku cakap tarikh kawin kami memang dah tetap...arwah pun bercadang nak tukar tarikh.."supaya tak bertembung dengan rakan-rakan" ..katanya. Masa tu arwah sedang mengipas sate yang aku nak beli di Pekan Rabu, Beruas..Memang berkali-kali arwah ulang ayat "tak nak bertembung kenduri dengan rakan-rakan"...sebab arwah nak datang kenduri aku....Arwah pergi pada tahun 2003.
Arwah Helmy Che Ani:
Inilah berita yang baru aku terima dari Otai Najib..
Arwah berdiri sebelah dengan Arwah Mazlan Md Zain (dalam gambar diatas)...Arwah meninggal akibat kemalangan jalanraya di selekoh hadapan masjid di Kampung Kedah, Beruas pada bulan September 2009. Arwah meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung 7 bulan. Arwah dikebumikan di Ipoh...tempat tinggal isterinya.
Aku mohon seribu kemaafan jika ada kesilapan/ketidakcukupan maklumat . Hanya ini sahaja yang aku ingat untuk dimuatkan pada kali ini...
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.. Al - Fatihah buat arwah semua...
al-fatiha
ReplyDelete