Salam...Buat rakan-rakan tersayang.. Blog ini diwujudkan KHAS buat rakan-rakan x-SMRS..tak kirelah berapa lama anda pernah bersekolah di SMRS..asal PERNAH jer...anda memang dialu-alukan melawat blog ini..kalau tak 'PERNAH' pun boleh aje join sini... Anda juga dialu-alukan untuk menjadi ahli blog. Dan silalah rakamkan nama penuh atau nama yang dikenali ramai...baru best... Juga dialu-alukan untuk meletakkan gambar yer...tak kira la gambar ape pun tak pe....janji boleh cam wajah anda...baru cantik senarai ahli kiter....kalau tak de gambar sangat pun..letak ler gambar ape-ape aje...diterima semuanya.. TQ...:)

Ahli...

Tuesday, March 30, 2010

Reunion : Info Lagi...

Salam...

Dengan mengambilkira majoriti polls yang di forwardkan pada ahli batch 96 dalam facebook 2 minggu lepas, dengan itu aku mengumumkan..keputusan polls ...(walaupun ramai lagi yang tak mengundi...dan sehingga hari ini, bilangan polls masih tak bergerak)...

60% untuk 06/11/10 (majoriti)

40% untuk 20/11/10


Maka..dengan itu, tarikh yang dipilih adalah berdasarkan pilihan majoriti....06/11/10...

:)...boleh lah nak sebarkan kepada kengkawan yang lain ya....

Wednesday, March 17, 2010

Perkembangan Reunion Pertama : 1

Salam...

Untuk makluman rakan-rakan sekalian...Program Reunion yang akan di adakan tidak lama lagi sehingga kini berada dalam peringkat lawatan tapak oleh AJK yang sudi membantu iaitu Haniyusman..Lawatan adalah untuk melihat kesesuaian tempat reunion akan diadakan. Pilihan utama tempat adalah dikawasan sekolah (SMRS, Beruas)...Permohonan secara formal kepada pihak sekolah akan dimajukan sejurus selepas kesesuaian tempat ditentukan..

Sekian untuk makluman kali ini...

:) :)

Wednesday, March 10, 2010

AL- Fatihah...Buat Meraka, Sahabat Kita..

Salam..

Maklumat ini baru jer aku perolehi dari senior kita Otai Najib..mungkin aku jer yang belum tahu sebelum ni...ape pun untuk entry kali ini, aku nak kongsikan bersama maklumat rakan-rakan kita yang telah meninggal dunia...Sesamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita...SEMOGA ROH MEREKA DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN dan DICUCURI RAHMAT ALLAH DISISINYA....



Arwah Suhaimi :

Dari gambar diatas, arwah Suhaimi berdiri no 2 dari kiri di barisan tengah. Tepi Khairizal. Seingat aku, arwah meninggal dalam kemalangan jalanraya pada tahun 1997, sebelum tarikh SPM keluar. Maaf kalau maklumat ini salah..




Arwah Mazlan Md Zain:


Dari gambar diatas, arwah berdiri kanan sekali dibarisan paling belakang. Boleh dikatakan belakang Suhairi..
Tepat sebulan sebelum arwah dikhabarkan meninggal akibat kemalangan jalanraya, arwah beriya benar berpesan dengan aku ..jangan buat kenduri kawin sama tarikh dengan dia..dan bila aku cakap tarikh kawin kami memang dah tetap...arwah pun bercadang nak tukar tarikh.."supaya tak bertembung dengan rakan-rakan" ..katanya. Masa tu arwah sedang mengipas sate yang aku nak beli di Pekan Rabu, Beruas..Memang berkali-kali arwah ulang ayat "tak nak bertembung kenduri dengan rakan-rakan"...sebab arwah nak datang kenduri aku....Arwah pergi pada tahun 2003.

Arwah Helmy Che Ani:


Inilah berita yang baru aku terima dari Otai Najib..
Arwah berdiri sebelah dengan Arwah Mazlan Md Zain (dalam gambar diatas)...Arwah meninggal akibat kemalangan jalanraya di selekoh hadapan masjid di Kampung Kedah, Beruas pada bulan September 2009. Arwah meninggalkan seorang isteri yang sedang sarat mengandung 7 bulan. Arwah dikebumikan di Ipoh...tempat tinggal isterinya.




Aku mohon seribu kemaafan jika ada kesilapan/ketidakcukupan maklumat . Hanya ini sahaja yang aku ingat untuk dimuatkan pada kali ini...


Sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.. Al - Fatihah buat arwah semua...









Friday, March 5, 2010

OPEN FOR DISCUSSION..

Assalamualaikum....Untuk rakan-rakan tersayang....

Sukacita saya ingin membuka untuk perbincangan berkenaan Reunion Keluarga SMRS 91-96...

1. Tarikh Reunion
2. Tempat Reunion
3. Masa Reunion
4. Program yang akan dimuatkan
5. Jumlah bayaran sekepala dan kaedah Bayaran
6. Cara untuk menjemput/menghebahkan reunion ....

Hasil perbincangan ini amat diperlukan untuk di gazetkan dan terus kepada plan perlaksanaan...

Terima kasih

Lawat Lagi...

Jangan Lupa Kasik Makan..